Pada tahun 2000, Pakar Mata Yusof telah mula beroperasi di Putra Specialist Hospital, Melaka (pada ketika itu dikenali sebagai The Southern Hospital). Seterusnya pada tahun 2001, cawangan pertama yang dikenali KLINIK PAKAR MATA SEGAMAT telah mula beroperasi di Segamat Baru, Johor.
Tiga tahun kemudian iaitu pada tahun 2004 cawangan kedua yang dikenali sebagai KLINIK PAKAR MATA BAHAU pula telah mula beroperasi di Bahau, Negeri Sembilan.
KLINIK PAKAR MATA BENTONG merupakan cawangan ketiga yang beroperasi di Bentong, Pahang bermula pada tahun 2007..
Kini,Yusof Eye Specialist Sdn Bhd atau Pakar Mata Yusof adalah klinik pakar mata swasta yang mempunyai cawangan di Segamat (Johor), Bahau (Negeri Sembilan) & Bentong (Pahang). Dengan pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang optamologi, Pakar Mata Yusof menawarkan pelbagai kemudahan rawatan dan khidmat nasihat berkenaan oftalmologi.